NAK TENGOK ASTRO FULL CHANNEL PERCUMA??

wah, sangat lama tidak beroperasi di sini.. here we go.. IM BACK!! maklumla bila dah start tinggalkan aktiviti menaip.. perghh nak start balik macam apala agaknya..

namun, ku gagahkan jugak..ok.. untuk kali ini aku nak sharekan tricks untuk tengok semua channel astro percuma.. betul.. tarak tipu punya.. (aku selalu buat tricks ni untuk tengok movie dan sports je)

post ini bukan tipu.. cuma trick untuk bagi mereka yang mempunyai akaun astro SAHAJA.. (tidak termasuk ASTRO NJOI. harap maklum!). Jika anda dah ada akaun astro yang basic pun dah kira ok!

macam ni caranya:

1) on tv, on astro (kalau tak macammana nak tengok...)

2) tekan channel 200 (pakai remote la)

3) bila dah klik akan keluar gambar ni kan?



4) cara pertama, pilih add packs




5) dah pilih, select la yang mana korang nak..tapi sila pilih satu persatu.. ingat!!! jangan tekan buy lagi!!

6) dah pilih dah? sila klik butang PREVIEW (BUTANG HIJAU kt remote korang tu)... dah klik? nanti dia akan keluarkan satu kod preview contoh: PE 50174 62392 92011 dan hantar ke 33888...

7) jadi, korang taipla mesej dan buat mcm tu.. 1 mesej rm30 sen... dah?? jangan hantar whatsapp pulak.. ok boleh pilih channel lain pulak.. buat benda yang sama!!!!

8) tunggu 5 minit.. pastu bukakla channel yang korang pilih tadi... TAADDAAAA dah ada.. senang bukan??

PERHATIAN!! CHANNEL AKAN DIPREVIEW SELAMA 2 HARI BERMULA DARI TARIKH DAN MASA KORANG HANTAR MESEJ.. selepas 2 hari, kena tunggu selama 6 bulan lagi untuk buat balik..

ok.. korang mesti kata... ala 2 hari je... okla tu dari takde.. aku slalu buat setiap hujung minggu... maklumla waktu keluarga.. duk rumah je... (aikkk macammana mamat ni boleh buat setiap minggu?? bukan kena tunggu 6 bulan ke??)... haaa... ni nak crito ni hah... ado lagi sambungannya...

9) ni kira minggu depan la pulak yer... dah abis preview 2 hari tu.. klik balik channel 200 tu..

10) sekarang jangan pilih ADD PACKS dah.. klik pada VALUE BUNDLES.. FAHAM ANAK2???

11) ok.. pada value bundles, tak boleh pilih banyak2.. pilih sekali je setiap 2 hari prebiu... faham?? contoh minggu ni pilihla astro superpack 1, minggu depan pilih pulak astro superpack 2.. begitula seterusnya.. sampai habis...


12) cara yang sama, klik BUTANG HIJAU PREVIEW tu... taipkan kod yang diperlukan dan hantar sms..

13) yang bestnya.. setiap superpack ni byk channel dalamnya.. aku buat untuk tgk movie je.. okla tu..

jika ada 8 superpack dalam values, maka selamat 8 minggu la aku tgk free movie setiap hujung minggu..

PANTANG UNTUK VALUE BUNDLES NI SAMA JE.. 2 HARI SAHAJA PREVIEW.. LEPAS TU KENA TUNGGU 6 BULAN UNTUK CHANNEL YANG SAMA PREVIEW..

ok dah.. selamat menonton semua...


Destination: Kuala Lumpur


Giler, memang giler... dah lama sangat tidak update kat blog ni.. ok episod kali ini, aku akan bercerita tentang Kuala Lumpur.. ya KL! mungkin bagi yang dah selalu gi kl (termasuk aku) akan merasakan apa la sangat Kuala Lumpur. bukan susah pun nak jalan kat kl, tengok signboard je.. A'ah.. ye la ssssanggaaatt..

Bagi mereka yang bukan selalu datang ke KL, aku mengsyorkan buat survey terlebih dahulu tentang perjalanan, masa dan tempat nak dituju supaya tidak berlaku kekelaman pada diri masing2. Destinasi kali ini adalah berdasarkan apa yang aku lalui sepanjang lebih kurang 2 minggu sekali ke KL..

okay, pertama aku syorkan hotel murah adalah IBIZ Hotel, dekat jalan pekeliling, dekat dengan restoran haslam, senang nak makan. kerana walaupun hotel ini agak murah dgn rate RM 75 semalam, makanan agak tidak menepati selera anak tekak aku. jadi better jalan kaki depan sikit untuk ke restoran haslam.. macammana nak pergi sana? senang... cari bulatan pahang, hala ke setapak.. lepas bulatan ada caltex, masuk kiri ikut situ.. depan hospital tawwakal sikit ada simpang ke kiri, masuk simpang tu, akan jumpa IBIZ hotel tu. bilik agak clean, dan walaupun agak kecil, tapi boleh solat.. takde hal punya.. dan ada wifi di setiap floor.. itu terbaik.. mudah bagi kami yg sentiasa online 24jam..

kedua, utk yang agak mahal sikit.. boleh ke Vistana hotel, depan hentian pekeliling.. kebersihan agak kurang dari segi karpet n floornya.. mungkin tidak dijaga secara total walaupun dikelaskan 3 bintang.. tetapi Katil Superb, boleh tido tanpa perlu bangun.. cukup selesa bagi yang nak rehat secukupnya.. harga lebih kurang dalam RM200++. sekali sekala utk tido di sana okla jugak.. klu selalu mungkin akan kopak dan botakla anda.. breakfast agak ok dengan pilihan2 makanan yang disediakan.

Kenapa aku ceritakan kedua-dua hotel ini serentak? ini disebabkan kedua-dua hotel dekat dengan Rapid LRT, boleh parking kereta dan gunakan kemudahan yang ada untuk ke tempat lain.. senang bukan? nak pergi KLCC, Midvalley, atau tempat2 yang menarik di KL, boleh mengelakkan jem atau pening kepala.


Destination: Pangkor



Hahahaha... mengikut apa yang telah aku war2kan sebelum ini.. klu nk dptkan hits utk blog kena rajin berblog.. tapi aku?? hahaha cakap saja pandai.. well agak bz skang ni.. nk menaip rasa dah malas..

Ok.. mulai episod pertama ini.. aku akan updatekan tempat2 yg aku kunjungi / bercuti / singgah utk tatapan dan panduan korang semua yag baca blog (ada ke??) aku ini.. Destinasi pertama aku upkan dalam blog ini (walaupun dah byk tmpat aku pegi tapi tak uploadkan).. adalah....... PULAU PANGKOR..

Maklumlah.. aku ni nama je tinggal kt perak dah lebih 7 tahun tapi pulau pangkor tak pernah aku jejak.. jadi di atas inisiatif wife tersayang maka dapatlah aku jejakkan kaki ke pulau ni.. kami pergi dgn family inlaw aku.. (bapa mertua tak ikut, adik ipar 2 org tak ikut).. yg lain?? semua cargas..

kami bertolak dari ipoh pada 31 ogos yg lalu (yer.. cuti merdeka 55)... sampai di lumut lebih kurang dalam 1130 am.. cari parking utk letakkan kereta masing2.. aku SYORKAN parking di tempat letak kereta bertingkat.. dan sila simpan slip parking dalam beg.. agak selamat di situ walaupun kos agak mahal.. (aku kena rm11.60 utk sehari).. 

siap parking, gerak ke jeti utk naik feri.. perjalanan amik masa lebih kurang 40minit je.. ingat!! ada dua hentian feri akan berhenti, sesiapa yg nk pegi bercuti sila turun di hentian ke dua.. sampai je ke jeti pangkor akan ada berderet van utk ditempah atau menghantar korang ke tmpat penginapan masing2.. caj lebih kurang rm10 shj utk satu van.. kami lepak di puteri bayu resort.. bertempat di pasir bogak.. ok.. kenapa kami pilih pasir bogak, bukan teluk dalam, teluk nipah.. dsb?? aku bagi reason yg bagi kami adalah terbaik:
  1. sangat best, tidak terlalu crowded mcm teluk nipah dan tidak terlalu sunyi seperti teluk dalam..
  2. ada satu kedai makan yg best (nama kedai adalah seri ilham.. betul2 berdepan dgn arena pangkor).. makan dan servis yg baik.. klu di teluk nipah, ada yg trpaksa menunggu sejam utk order (blum lagi makan).. dan harga di situ agak mahal.. jadi worth utk makan di area pasir bogak..
  3. puteri bayu resort adalah tmpat yg menarik utk honeymooners atau sesiapa yg inginkn ketenangan.. (klu ada lebih gi la duduk kt pangkor laut.. rm1600 je semalam)..
lagipun sgt dekat dgn pantai serta aktiviti2 laut yg ada.. senang kita utk berjalan-jalan, main laut.. kami hari pertama kt sana pun dh terjun kolam renang dulu, baru terjun laut.. hari kedua / terakhir pun sama aktiviti cuma ada island hopping, snorkeling (kos rm150 satu bot)..

Rasanya klu pegi sana, better 2 hari 1 malam je.. klu 2 malam mesti korang akan jadi mendap, bengap sebab takde aktiviti malam yg menarik kat sana. lainla klu yg kaki KTV tu lehla masuk KTV2 yg banyak kt sana.. ok, hari terakhir kt sana, lepas check out.. sewa van rm80 utk pusing satu pulau.. tak lama lebih kurang 45minit je skali pusing.. tapi dia akan bawa ke tempat2 yg menarik jela kt pangkor ni.. cukupla skali pegi.. lain kali pegi, lepak kt chalet sudah..

ok tunggu next update lak pasal cuti2 ni.. sekadar berkongsi dan panduan utk yg baru nk pegi..