Kelantan tundukkan T-Team


Kelantan berjaya menundukkan T-Team pada perlawanan pertama piala FA semalam dengan penalti 6-5, kelantan mendahului dengan gola jaringan tandukan rizal fahmi pada minit 53 sebelum disamakan oleh bekas pemain kelantan Indra Putra Mahyuddin pada minit 61 dengan jaringan half volleynya.. perlawanan berakhir dengan jaringan 1-1 pada 90minit perlawanan. ini menyebabkan perlawanan perlu bersambung ke masa tambahan kerana mengikut format piala FA, mesti ada pemenang pada setiap perlawanan, tiada perlawanan timbal balik. jika masa tambahan masih juga tiada jaringan terhasil, maka perlawanan akan ditambah ke sepakan penalti.


analisis perlawanan:
kelantan agak goyah pada separuh masa pertama dengan serangan2 T-Team yang bertali arus dari gandingan Indra dan Nor Farhan.. separuh masa kedua barula nampak serangan2 merbahaya dari kelantan. agaknya mmg betulla kelantan ni lambat panas, gerakan2 menarik dari gandingan Mat Yo dan Rojo serta nurul azwan roya cukup menggerunkan.. tapi lihat malam ni kurang menjadi serangan dari sebelah sayap, dgn kehilangan solehin (cedera agaknya), kelantan lebih mengharapkan Nurul azwan roya utk bergerak disamping kelincahan Mat Yo..

pertahanan kelantan agak goyah sedikit, daudsu seperti biasa, agak keras cara defendnya.. benteng terakhir, Apek juga agak kurang menjadi malam ni.. cuma masih mempamirkan kebolehan dgn menyelamatkan beberapa asakan lawan.. Mat Yo yang tidak dapat membuat jaringan penalti pada minit akhir perlawanan juga agak kurang menjadi.. nasib baik gol penalti selepas itu dapat disempurnakan..

ulasan astro arena?? ramai yang komen pengulas yang agak buyers.. dgn langsung tiada memuji pasukan kelantan, tetapi asyik memuji T-Team dan Indra.. agak tidak adil.. asyik2 indra, asyik2 indra.. mcm indra sorang yang main.. siol jer.. (bukan sebab aku kelantan yer).. cuma cara dia mengulas tu ibarat org tganu yg datang tgk bola kt stadium tganu.. mestila sokong T-Team.. bosan.. baik dgr datuk Hasbullah Awang dari mamat semalam.. tak best langsung..

Kesebelasan utama pemain :
T-TEAM : Mohamad Syamsuri Mustafa, Azizi Matt Rose, Norfazly Alias, Subri Sulong, Rosdi Talib (KP) (Muhd Badrul Hishani Abd Rahman), Amzar Junaidi Abd Jalil, Mohd Norfarhan Muhammad (Khairul Izwan Khalid), Indra Putra Mahayuddin, Tengku Hasbullah Raja Hassan, Mohd Saaufi Sa’adi (Shamsul Kamal Mohamad) dan Mohd Haris Safwan Md Kamal.
FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, S Subramaniam (Danial Fadzly Abdullah), Zairul Fitree Ishak, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP) (Khairan Eroza Razali), Mohd Shakir Shaari, Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : T-Team  (3) Kelantan (2)
Percubaan tersasar : T-Team (9) Kelantan (3)
Sepakan sudut : T-Team (7) Kelantan (8)
Sepakan percuma : T-Team (23)  Kelantan (28)
Offsaid : T-Team (3) Kelantan (1)
Kekasaran : T-Team (24) Kelantan (20)
Kad kuning : T-Team (Tengku Hasbullah Raja Hassan, Norfazly Alias, Mohd Norfarhan Muhammad, Azizi Matt Rose) Kelantan (Zairul Fitree Ishak dan Mohd Farisham Ismail)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Tiga minit
Penguasaan bola : T-Team (55%) Kelantan (45%)

PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Nagor Amir Noor Mohamad
Penolong Pengadil 1: Abdul Basith Hamid
Penolong Pengadil 2: Mohd Noor Abdul Rahman
Pegawai Keempat : Mohd Afzarizam Mamat
Komisioner  Perlawanan : Abdul Kadir Abdullah
Penilai Pengadil : Nik Ahmad Yaakub
General Kordinator : Ali Embong
Pegawai Media : Mohd Ziani A Bakar

0 comments:

Post a Comment