Destination: Kuala Lumpur


Giler, memang giler... dah lama sangat tidak update kat blog ni.. ok episod kali ini, aku akan bercerita tentang Kuala Lumpur.. ya KL! mungkin bagi yang dah selalu gi kl (termasuk aku) akan merasakan apa la sangat Kuala Lumpur. bukan susah pun nak jalan kat kl, tengok signboard je.. A'ah.. ye la ssssanggaaatt..

Bagi mereka yang bukan selalu datang ke KL, aku mengsyorkan buat survey terlebih dahulu tentang perjalanan, masa dan tempat nak dituju supaya tidak berlaku kekelaman pada diri masing2. Destinasi kali ini adalah berdasarkan apa yang aku lalui sepanjang lebih kurang 2 minggu sekali ke KL..

okay, pertama aku syorkan hotel murah adalah IBIZ Hotel, dekat jalan pekeliling, dekat dengan restoran haslam, senang nak makan. kerana walaupun hotel ini agak murah dgn rate RM 75 semalam, makanan agak tidak menepati selera anak tekak aku. jadi better jalan kaki depan sikit untuk ke restoran haslam.. macammana nak pergi sana? senang... cari bulatan pahang, hala ke setapak.. lepas bulatan ada caltex, masuk kiri ikut situ.. depan hospital tawwakal sikit ada simpang ke kiri, masuk simpang tu, akan jumpa IBIZ hotel tu. bilik agak clean, dan walaupun agak kecil, tapi boleh solat.. takde hal punya.. dan ada wifi di setiap floor.. itu terbaik.. mudah bagi kami yg sentiasa online 24jam..

kedua, utk yang agak mahal sikit.. boleh ke Vistana hotel, depan hentian pekeliling.. kebersihan agak kurang dari segi karpet n floornya.. mungkin tidak dijaga secara total walaupun dikelaskan 3 bintang.. tetapi Katil Superb, boleh tido tanpa perlu bangun.. cukup selesa bagi yang nak rehat secukupnya.. harga lebih kurang dalam RM200++. sekali sekala utk tido di sana okla jugak.. klu selalu mungkin akan kopak dan botakla anda.. breakfast agak ok dengan pilihan2 makanan yang disediakan.

Kenapa aku ceritakan kedua-dua hotel ini serentak? ini disebabkan kedua-dua hotel dekat dengan Rapid LRT, boleh parking kereta dan gunakan kemudahan yang ada untuk ke tempat lain.. senang bukan? nak pergi KLCC, Midvalley, atau tempat2 yang menarik di KL, boleh mengelakkan jem atau pening kepala.


0 comments:

Post a Comment