secara kebetulan hari ni genap kematian sudirman jadi aku letakkan dia skali.. sbb dia pun terlibat jugak..terlibat mcmner?? jap agi korang tau la..ok sebelum tu aku nk citer serba sedikit pasal arwah ni..
Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
Nama Sudirman sebagai penghibur rakyat yang berwawasan terus subur di hati para peminat. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan seharian rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang Malaysia. Orang kampung, basikal tua, aku penganggur, aku gembala, 31 Ogos, warisan, Balik Kampung.. itu semua lagu dendangan arwah sudirman.. dah!! cukup pasal sudirman..
sekarang aku nak citer pulak pasal title pulak.. skang ni dah jadi datuk sudirmanla pulak.. pagi tadi tgh drive anta bini aku gi keje, aku dengar yang org ni cakap datuk sudirman, org tu cakap datuk sudirman.. adoii yaii.. dah2 la tu, mamat tu pun dah takde.. tak guna satu sen pun. yang tukang bagi title ni pun satu, suma artis klu bleh dia nk bagi.. aku bukan jealous atau tak suka dengan penghargaan terhadap org2 yang dah berjasa pada negara.. cth: Tan Sri P. Ramlee, Datuk Sudirman.. masalahnya title2 ni kan nnt sape yang dapat title akan dapat elaun jugak kan.. jadi buat ape nak bagi pada org yang dah takde..
apa kata title2 ni diberikan dan elaun yang dapat diberikan pada family terdekat kan lagi bagus.. ini tidak semasa masih hidup, suma buat dek jer.. bila dah meninggal, dah famous baru nak bagi.. stupid la... tgk P. Ramlee, dapat nama gah Tan Sri, masa hayatnya hujung2 nyawanya, apa yang dia buat?? masa dia meninggal, sapa yang bagi duit kat Saloma utk kebumikan dia?? jangan nak sembangla media2, org2 korporat ni ada dibelakang beliau masa dia meninggal.. ok, dia dapat title Tan Sri, elaun Tan Sri berapa hinggit?? Datuk pun 2k sebulan, mau2 5-6 k kot.. tak kisah baper k pun.. ada tak family terdekat dapat?? ada tak anaknya, arwah sazali dan arwah nasir dapat?? ada tak dian p.ramlee dapat?? ada tak keturunannya yang dapat?? takde!!!! gah sembang dia hebat, dia la biduan negara, yaaa memang.. tapi ada ke org yang nak tlg family dia?? arwah sazali keje cuci sampah tau... isteri arwah nasir skang jual goreng pisang jer tau.. so ape title Tan Sri yang bagi faedah pada family dia?? MESTI ADA ORG CAKAP YANG DAPAT ELAUN TU UTK ORG YG DAPAT TITLE JER.. memangla sepatutnya macam tu tetapi kes sekarang pasal org yang dah lama mati baru nak bagi title buat ape??? sekadar nak tunjuk yang aku suka bagi title kt artis..
macam kes sudirman pulak, tahun 2009 baru ada nk bagi dia datuk?? adooii lawak tulla.. apsal masa dia buat konsert 100ribu kt chowkit road tu lepas tu tak bagi datuk terus?? kan senang?? terus dapat elaun, dia pun dapat penghargaan.. ni tidak, member dah lama pegi baru nak bagi.. elaun dapat balik kt sultan.. apa salahnya bagi jela kt Atai atau kakaknya yang masih lagi hidup tu.. at least dapat la jugak membantu kehilangan sudirman yang selama ni mmg selalu bantu dorang..
yang tukang bagi pulak agaknya masa is time kot... hahaha.. byk pulak title2 yang diberikan samada yang dimintak, atau diri sendiri nk bagi.. alasan yang slalu tukang bagi title ni cakap sbb dia ni berjasa pada negara, klu gitu mintak ko bagi kt datuk aku jugakla.. dia dulu lawan inggeris, lawan jepun, lawan inggeris, lawan komunis.. cukup sejarah malaysia ni dia ada.. kira berjasa sgtla tu.. bleh?? arwah mokhtar dahari bila pulak org nk bagi dia datuk??? legend of the legend kot (tgk gambar)...
persepsi aku senang jer, klu org tu hidup dan rasa dia mmg berjasa, bagila title cepat2... klu org tu dah takde, baru nak bagi title, boleh.. tapi elaun tu pegi ke saudara paling dekat dgn dia.. barula at least membantu keluarga org yang dah takde.. bukan setakat title.. bawak title bukan boleh beli beras pun..
p/s: tahniah bob lokman kerana lebih dekat dengan Allah sekarang.. semoga apa yang dia cari, ada didalamnya..
0 comments:
Post a Comment