agaknya berapa ramai umat islam kt malaysia tak tau sebab sbenar valentine's day diadakan.. dorang duk ingat hari itu adalah hari kekasih.. mmgla hari kekasih tetapi yang dah ditukarbelitkan citer asal dia.. jadi aku sebagai umat islam yang adalah kewajiban aku untuk berpesan-pesan sesama umat islam akan berkongsi sebab musabab kenapa majlis ulamak mengharamkan sambutan 14 februari ini.. sape yg dah terkena sebelum ni tu dah2la yer.. tak perlu sambut lagi..
info yang menarik sebelum aku citer pasal kisah valentine's day ni.. tahukah anda yang genap 9 bulan 10 hari dari 14 februari, lebih kurang dalam bulan 10, 11, 12 akan berlaku kelahiran bayi yang ramai..termasukla yg dibuang?? mesti tak tau info ni kan?? tahukah anda yang pada 15 feb, lebih kurang 5juta kondom digunakan pada malam sebelumnya sahaja??
tapi standardla pada 14feb maka berlakunya sambutan hari valentine bagi semua pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Masa ni, kedai-kedai bunga or kedai-kedai cenderamata kat mana-mana shopping complex akan untung ribu riban. Wayang-wayang yang tayang cerita tak best pun akan laku tiketnya macam pisang goreng. Er, taman-taman bunga or mana-mana taman akan dipenuhi pasangan untuk bermadu, berendek, ber ber ape lagi la.. tak bleh ckp lebih nnt 18sx.. hahaha.. pandai2 korangla fikirkan..
Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini (14feb), pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.
Kisah kedua.
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.
1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara dan sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang terulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknya.
2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.
Kisah ketiga.
Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. Korang tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut untuk mengenang jatuhnya kerajaan islam... (jadi korang sebagai org islam, sama2la kita kenang kejatuhan islam yer...)
Kisah keempat.
Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.
So, dari semua kisah tadi, korang nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"
setakat nak sambut hari kekasih tu takkanla setiap 14feb?? hari2 boleh sambutkan?? bagi aku tak perlu nk tunjukkan rasa kasih dan sayang tu pada hari itu sahaja.. tunjukkan setiap hari, bagi lelaki, lagila pompuan suka klu korang tiap2 minggu bagi hadiah.. lagi best.. bday dia pun bagi lagi hadiah..
tambah lagi, siap ada org yang katanya berfikiran terbuka bertanyakan hal2 ini secara umum.. pelik bukan bila namanya ada bin dan binti... klu nk tanya, sblum tu baca dulu.. bukan tuduh bukan2.. contoh baru je dpt twitter ttg artis ni, korang baca sendirila..
p/s: malas nk komen lebih2.. korang dah besar panjang.. ada ilmu, baca.. rasa takde ilmu, cari...
0 comments:
Post a Comment