Malaysia baru sahaja menamatkan kemarau sejak 2001 kekalahan dengan HongKong dengan memenangi perlawanan persahabatan dengan jaringan 2-0..
dua gol yang dijaringkan oleh kapten Safiq Rahim (minit 43) dan Amirul Hadi Zainal (masa kecederaan) sudah cukup membuktikan skuad KING GOBAL sekarang berada pada tahap yang amat memberangsangkan... pada minit2 awal, penyerang sensasi yang akan berhijrah ke Pelita Jaya Isnin ini telah menguji kekebalan gawang HongKong cuma nasib lebih berpihak pada HongKong apabila rembatan deras Safee Sali dari luar kotak penalti menggegar tiang gol.. sepakan percuma Aidil Zaquan juga hampir2 memberikan gol pada Malaysia.. sepakan lencong S Kunalan sepatutnya boleh menerjah jaring HongKong tetapi nasib baik terbias dengan kepala pertahanan HongKong..
Skuad Malaysia yang menguasai hampir 80% perlawanan cukup garang menyerang.. jentera serangan yang dikepalai Safee Sali cukup mengucar kacirkan pertahanan HongKong.. serangan bertali arus walaupun penyudah agak kurang... pertahanan Malaysia juga cukup ampuh untuk dipecahkan dengan Aidil Zaquan kembali memperkuatkan pertahanan, ditambah pertahanan tengah kental Fadhli, dua bek kiri dan kanan terbaik negara ketika ini Mahali dan Asrafuddin..
kekebalan gawang Malaysia juga tak perlu dipertikaikan lagi, dengan penjaga gawang yang diminati ramai dengan kekentalannya, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) cukup untuk mematahkan serangan daripada HongKong..
separuh masa kedua, barula Malaysia mula mencuba gandingan baru dengan memasukkan kembali NorShahrul Idlan (Mat Yo) yang sebelum ni cedera, mencuba Magathevan (ada mirip K Nanthankumar sikit dgn ketinggiannya), dan beberapa muka2 baru seperti Sharizal Saad (kureng sikit permainannya) untuk serasikan diri dengan perlawanan antarabangsa sebagai persediaan untuk menghadapi kelayakan olimpik 23 Februari ni menentang Pakistan.. apa yang TT nmpak, skuad KING GOBAL ni cukup matang dan mampu untuk melangkah lebih jauh.. dengan syarat pihak FAM jangan buat hal pelik2.. taula FAM ni mcmner.. syabas sekali lagi..
p/s: suka tgk bila suma ultras negeri bergabung dan menyokong harimau malaya sebagai ultras malaya.. rasa macam ada kt liga eropah pulak dgn gaya dan stail sorakan mereka.. terbaik dari ladang dan bukan FAM..
0 comments:
Post a Comment