Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya. yang nak kaya, ramai.. yang tak kaya2 lagi ramai... Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu. Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion. Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernilai RM 50.04 bilion. (apa nak dibuat dgn buit byk2 ni..)
Taikun media dan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RM 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.
dan macam biasa, satu2nya anak melayu yang hebat Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia. Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 20 rakyat malaysia paling kaya 2011.
- Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
- T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
- Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
- Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
- Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
- Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
- Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
- Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
- Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion. 12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion. 13. Datuk Lee Yeow Chor - 14. Lee Yeow Seng 15. Datuk Seri Lee Oi Hian 16. Datuk Lee Hau Hian 17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay 18. Tan Sri Lau Cho Kun 19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion 20. Tan Sri Jeffrey Cheah
Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:
- Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
- Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
- Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.
p/s: ape la yang dorang buat dgn duit byk2 ni..
0 comments:
Post a Comment