SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN KEDUA MALAYSIA vs PAKISTAN DIBATALKAN..




setelah dicanang2kan sejak duajak tigajak, akhirnya berita duka jugak yg diterima oleh peminat di malaysia.. Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam tadi terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan yang sepatutnya membekalkan siaran perlawanan tersebut.

Kata org kuat Astro Arena pulak "Pihak Astro Arena (Saluran 801) ingin memohon maaf di atas pembatalan dan masalah yang tidak dapat di elakkan ini di saat-saat akhir memandangkan informasi mengenai masalah ini hanya di maklumkan pada kami beberapa minit yang lalu".Untuk makluman anda, Pakistan TV mempunyai masalah menghantar insyarat siaran langsung kerana tidak mempunyai segmen satelit bagi membolehkan insyarat transmisi ke Malaysia (bangang tak bangang?? dah tau takde segmen satelit apsal tak gtau awal2??). Mengikut sumber yang Astro dah pun call TM dan eurovision utk bantuan luar, namun masalah teknikal ini masih tidak dapat diatasi atas sebab format isyarat transmisi Pakistan TV tidak disokong oleh mana-mana satelit yang masih mempunyai kekosongan slot.

Confirm ramai penyokong kuat Malaysia kecewa dgn kabar yang tidak brapa gembira ini.. ada yang dah mintak cuti, amik mc, sanggup kuar balik cepat (mcm aku).. semata-mata nk tgk bola.. sepatutnya dari awal pihak pakistan gtau yang dorang takde slot satelit tu.. lehla pihak dari malaysia cari alternatif lebih awal.. ini malam mau main baru mau bagitau.. (mcm sabotaj jer).. peminat malaysia sila tgk berita jela esok yer.. doakanla kejayaan buat harimau malaya olimpik.

p/s: klu tau aku dh poskan piring astro buat TV pakistan awal2 lagi..

0 comments:

Post a Comment