Poco - Poco Haram??


sapa kt sini suka poco2 angkat tgn??? uiihhh ramai.. mesti khamis dan selasa slalu gi poco2 kt pejabat ni yer?? atau setiap ahad ke tmn2 sekitar rumah?? tapi adakah ramai org sedar ttg asal usul poco2 ni?? mmg dah lama aku cari info pasal poco2 ni.. sekali kuarla pulak pasal gambar di atas... jadi confirmla ni yang poco2 ni haram... mungkin ramai yang tanya apsal pulak nk haramkan..inikan senaman??? hahaha senaman tengkorak ngko... mcmla takde senaman lain... di bawah ni aku kongsikan dari blog lain.. mungkin benar mungkin tidak.. terpulang pada anda semua..

Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

di negeri Perak sudah pun difatwakan.. walaupun negeri lain tidakla mengharamkan.. tapi tak berdetik ke di hati kita "sbb ape kna haram ek??", takde ke rasa was2?? klu dah rasa syubahah tu dah leh jatuh haram... bagi aku mmgla aku tak suka poco2 ni.. tergedik-gedik makcik2 aku tgk bila tari poco2 ni..

yg penting, terpulang pada anda, tepuk dada tanya iman.. betul atau tidak sejarah poco2 tu wallahualam... tanyala ustaz2 berhampiran anda..

p/s: anak aku lebih suka pocoyo...

0 comments:

Post a Comment