fuhh.. dah seminggu tak update.. sorry yer, sibuk sikit.. mungkin bagi korang aku dah agak lmbat nk update pasal tsunami ni tapi pedehel, ini adalah update terbaru ttg tsunami kat jepun..
setakat ini:
- Rakyat jepun terpaksa berlapar dan meredah salji (lepas tsunami salji pulak) utk cari kayu2 api dan makanan.
- 450,000 terpaksa bercangkung didalam khemah perlindungan buatan sendiri.
- 850,000 berusaha untuk terus hidup tanpa air dan makanan (kau boleh??)
- 20,000 masih hilang dan 5000 dipastikan MATI
Sapa sini yang tak sedih??: Yoshie Murakami sedang memegang tangan ibunya sementara anak perempuannya masih hilang.
Dengan keadaan yang masih tidak terkawal, kebanyakan warga jepun terpaksa mencari sendiri sumber air dan makanan tanpa menghiraukan penyakit dan salji yang turun demi keluarga mereka. cukup menyayat hati bila mereka walaupun menjumpai satu tin makanan yang belum rosak, sama2 menangis gembira. segala apa yang mereka jumpai samada tin2 makanan dan kayu kayan yang kering akan dibawa ke khemah perlindungan mereka. "cukup sedih apabila kita sedari yang kayu yang kita ambil tu dtgnya dari rumah kita sendiri"..dengan cuaca yang sekarang tiba2 sejuk dgn salji yang turun.. keperluan kayu utk menghangatkan badan amat diperlukan.
Kebanyakan jika dilihat memerlukan bantuan perubatan, pakaian, makanan dan minyak tapi apa yang paling mereka perlukan adalah supaya mimpi ngeri ini berakhir dgn cepat. Kerajaan Malaysia sila hantarkan secepat mungkin bantuan ke negara matahari terbit.. lupakan sejarah lama (rasanya dah lama tinggalkan), sekarang suma memandang ke jepun samada dengan Maria Ozawanya atau ultramannya atau apa2 jela..
dibawah ini aku sediakan sedikit gambar utk tatapan korang.. mana tau kot2 ada yang kenal ke tempat ni.."sinila tempat aku honeymoon", "mcm kenal je tempat ni"
Pandangan dari helikopter di tengah2 pekan Wakuya. Siap ada bot atas bangunan tu..
Tentera Jepun berdoa terlebih dahulu sebelum mengalihkan mayat mangsa Tsunami.
Pandangan Pekan Minamisanriku yang kini diliputi salji selepas di landa Tsunami
p/s: doa2kan supaya Malaysia selamat dari bencana2 seperti ini, maklumla nampak makin teruk jugak situasi sosial dan agama kt sini...
0 comments:
Post a Comment