mengikut ape yg orang tulis dan sejarah yang diceritakan:
VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
JADI SEBAGAI UMAT ISLAM KHUSUSNYA, TAK PERLU NAK ADAKAN HARI KEKASIH KE APE JADAH KE.. SEBAB SESIAPA YANG MENJADIKAN SESEORANG KEKASIH MESTI PERLU ADA NIAT UTK MENGAHWINI MEREKA..
LAGI SATU, AKU PUN TANAK TGK 9 BULAN DARI TARIKH SKARANG, RAMAI ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DAN DIBUANG OLEH KORANG YG CUBA NK JADIKAN HARI KEKASIH KONONNYA INI SEBAGAI LESEN NAK MEMADU ASMARA..
LAGI SATU, AKU PUN TANAK TGK 9 BULAN DARI TARIKH SKARANG, RAMAI ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DAN DIBUANG OLEH KORANG YG CUBA NK JADIKAN HARI KEKASIH KONONNYA INI SEBAGAI LESEN NAK MEMADU ASMARA..
0 comments:
Post a Comment