sila klik utk gmbar lebih besar |
hmmm.. selamat datang mac 2011, macam biasa setiap tahun kenyataan ttg KPLI dan DPLI sentiasa diwar2kan permohonan baru.. dan seperti biasa, aku yang sejak 5 tahun dulu akan terus membeli borang sampai umur aku 35 tahun (sbb had limit sampai situ jer) utk mencuba nasib menjadi guru... mungkinkah KPM dan KPTM sekarang kekurangan duit seperti yang berlaku tahun lepas?? tak faham?? tahun lepas yang beli pin dan apply utk KPLI lebih kurang 100ribu lebih.. jadi 100,000 x rm6 = rm6 juta... ujian m-test yang ditawarkan hanya kepada 6000 orang sahaja... jadi mana pegi duit yang org dah byr beli no pin tu?? sama juga DPLI.. 100,000 x rm20 = rm20juta kot... yang dapat medsi??
ape salahnya klu semua org yg apply tu dipersilakan buat test, sekurang-kurangnya tgk pada kelebihan seseorang pada masa itu.. sebab ramai juga gstt2 yang apply sebab dorang dah faham ttg kerjaya seorang guru ni.. tapi kebanyakan tak dapat, yg dapat semua freshies.. nk barang baru agaknya.. bukan pengalaman..
dah jauh aku melalut ni.. ok2.. Perhatian perhatian kepada sesiapa yang ada cita-cita nak jadi guru, yang rasa dah bersedia berkhidmat, yang skang jadi GSTT, yang sekarang perlu kerja sebab makbapak duk tanya ijazah tu nk buat ape, yang tgh cari keje, yang rasa knapa dulu aku tak amik degree education, yang nak mohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), ada berita baik hari ni.
Untuk permohonan Ke Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), permohonan telah di buka pada hari ini, 28 Februari 2011 sehingga 14 March 2011 untuk kemasukkan pada Julai 2011 ini.
Cara mohon macam biasalah kena beli nombor pin dulu kat BSN then isi borang secara online. Untuk maklumat lanjut tentang DPLI boleh tengok di sini.
Untuk permohonan Ke Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), permohonan telah di buka pada hari ini, 28 Februari 2011 sehingga 14 March 2011 untuk kemasukkan pada Julai 2011 ini.
Cara mohon macam biasalah kena beli nombor pin dulu kat BSN then isi borang secara online. Untuk maklumat lanjut tentang DPLI boleh tengok di sini.
selamat mencuba..
p/s: rezeki Allah Taala, kita tak tahu.. yang penting niat kita nak cari atau tidak...
0 comments:
Post a Comment