Maharaja Lawak 1 April 2011- JOZAN bergabung! meletup!


BeRMULA 1 April nanti, beberapa finalis program realiti Raja Lawak akan dikumpulkan dan mereka akan ‘berlawan’ sesama sendiri untuk merebut wang tunai RM300,000 menerusi Maharaja Lawak yang disiarkan menerusi Astro Warna.. sape yg takde astro, nnt aku uploadkan yer.. jgn risau full season aku upload!!

Program Maharaja Lawak ini menghimpunkan peserta pada program musim pertama hingga ke enam,, antaranya, Alex, Amir, Jihan, Nabil, Johan, Zizan, Kecik, Idlan, Sepah, XN3, Yus dan Taukeh.(yang pasti jozan akan bergabung dow...) mampus ko nabil... ingat ko ni lawak sgt ke hah??


Program yang akan bersiaran selama 10 minggu akan dihoskan oleh AC Mizal (WTF?? DAH TAKDE ORG LAIN KE NK JADI PENGACARA?? MCM TAK CUKUP DUIT JER NK BYR BENTLEY?? CARILA APEK KE SAPE2 KE??) dengan menggunakan konsep dan format serupa dalam Raja Lawak tetapi berbeza dari segi penilaian dan undian kepada peserta.

Malah, Maharaja Lawak turut menampilkan tiga juri lelaki sebagai juri tetap dalam program terbabit, namun dalam program ini juri diberikan kuasa untuk memberi 50 peratus markah kepada peserta, manakala baki 50 peratus lagi bergantung kepada undian SMS penonton (KLU SEMUA SMS PENONTON, MMG TAK BEST AR)

Bagaimanapun, bagi peminat Angah, Along dan Azrul mungkin agak mendukacitakan kerana mereka tidak dapat turut serta di dalam program terbabit disebabkan terikat dengan komitmen lain.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, setiap peserta akan diberikan tema setiap minggu seperti program Raja Lawak, namun bergantung kepada kreativiti masing-masing dalam persembahan nanti.

Katanya, walaupun program ini sudah dirancang sejak dua tahun lalu, namun baru kini dapat diadakan kerana sudah cukup peserta untuk bertanding.

Bagi Zizan dan Johan, gandingan mereka sebagai satu kumpulan dalam program terbabit bukan untuk menunjukkan mereka hebat tetapi kerana keserasian dan kebiasaan bersama menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk bergabung dalam program Maharaja Lawak. (kan dah ckp, jozan akan bergabung...)..bygkan dorang jadi pengacara pun dah nk tercabut urat kentut korang gelak..ni jadi peserta pulak...

Apapun, kelebihan yang dimiliki mereka bukan alasan untuk mereka melepaskan peluang terbabit dengan membuat persembahan sambil lewa kerana ia bergantung kepada pemarkahan juri dan penonton.

“Kalau buat lawak tapi tak memuaskan hati kita, tak guna juga. Atau menang pertandingan ini tetapi persembahan yang dibuat tak berapa nak kelakar pun tak ada gunanya. Jadi buat persembahan bukan saja nak memuaskan hati penonton malah diri sendiri juga,” kata Johan.

Malah penggabungan mereka juga bertujuan untuk menguji bakat masing-masing kerana ketika menyertai Raja Lawak musim pertama mereka membawakan peranan secara individu.

“Bukan saja Adam dan Stacy bergabung meletup, kami juga akan buktikan penggabungan ini meletup dengan persembahan yang membuat penonton bergelak tawa. Kami memang saling memerlukan. Pembabitan dalam program ini mengeratkan lagi hubungan kami,” kata Zizan.

0 comments:

Post a Comment