Kelayakan AFC bawah 22 tahun


Dia buat lagi..

update game kelayakan AFC bawah 22 tahun di Myanmar menunjukkan satu lagi permata baru bolasepak malaysia bersinar.. Safee Sali, Nor Shahrul Idlan dan penyerang2 Harimau Malaya sudah boleh menarik nafas lega dengan kehadiran seorang lagi penyerang prolifik.. Rozaimi Abd Rahman.. FB Fanpage

tak ramai yang pernah mendengar tentang dia kecuali penyokong2 pasukan sabah.. yupp.. dia orang sabah.. mungkin sabah sudah kembali melahirkan penyerang berbisa seperti legenda Hassan Sani.. dengan sudah 9 gol dijaringkan beliau sepanjang kelayakan berlangsung.. tidak hairan jika penjaring terbanyak setakat ini dimenangi oleh beliau.

lupakan seketika tentang Nazmi Faiz, Wan Zack atau Wan Zaharulnizam yang sudah pun menarik minat pasukan luar negara untuk dibawa bermain di dalam liga2 negara mereka (Portugal dan Jepun).. gaya permainan ibarat neymar yang cukup bijak menggelecek, menjaringkan gol sudah tentu akan mengundang pasukan2 luar yang berminat dengan gaya permainannya.

Ong Kim Swee cukup bijak dalam memerhatikan pemain-pemain kita terutama yang muda2 untuk diketengahkan. diharapkan OKS tetap meneruskan kecemerlangan beliau mengambil pemain2 yang di lihat cukup hebat di padang.

semoga Harimau Malaya kembali menggegarkan dunia bolasepak Asia kerana  Asean sudahpun kita genggam.. teruskan kecemerlanganmu Harimau Malaya..

p/s: Malaysia menang lawan vietnam 3-0 (Rozaimi hatrik untuk kali ke dua).. Malaysia perlu menang game lawan Myanmar 3 julai ni untuk ke pusingan akhir AFC bawah 22 tahun.. INGAT!! ADA LIVE DI ASTRO ARENA.. DOAKAN KEJAYAAN MEREKA DI SANA..

0 comments:

Post a Comment