Ramadan Al Mubarak




Assalamualaikum..

pejam celik dah nak masuk hari ke 4 umat islam berpuasa tahun ni.. sebelum ni aku rasa macam lambat lagi nak puasa.. apatah lagi dengan sumber kewangan yang meruncing sekarang ni.. lagila tak rasa ape2.

mungkin Allah nak uji aku sekeluarga samada tahan atau tidak.. bagi aku walaupun pernah suatu keadaan yang cukup menekan jiwa aku, isteri dan family tapi setakat ini Alhamdulillah segala ujian di hadapi dengan tenang dan lancar.

bercakap pasal Ramadan ni, kekadang aku jadi pelik apabila awek2 chikaro2 mula bertudung dengan alasan, inikan bulan puasa.. mana tau dapat seru nanti.. kah3.. bukankah dia tak tau yang seruan telah datang selama 1400 tahun takkanla smpai hari ini still duk sembang tunggu seru?? kekasihku seru aku taula..

yang buat lagi pelik.. bulan Ramadan ini adalah bulan di mana semua umat islam berusaha menjalankan ibadat terhadap Allah S.W.T tetapi sebaliknya la pulak... klu pegi  bazar ramadan, aduhai terpaksa aku memandang ke arah lain kerana begitu ramai perempuan2 yang memakai tudung tetapi memakai legging yg menampakkan hampir keseluruhan bentuk badan.. dugaan tul.. tambah lagi dgn awek2 yg tidak bertudung.. hmm..

0 comments:

Post a Comment